Articles by "Islami"
Showing posts with label Islami. Show all posts

Dalam hubungan suami isteri di alam rumahtangga, tidak dinafikan adanya kelemahan pada setiap pasangan, namun yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalu berusaha memperbaiki diri.

Tips 7 'C' sebab suami benci isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama. 



Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri.

Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku.

Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

1. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. 
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!"
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.

3. Celupar

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Comot

Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot samada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. 
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya!
Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tak mekap pun.

5. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. 
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. 

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di ofis. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

7. Cincai

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.

Anak dah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan tv.

Kesimpulan

7C ini merupakan sebahagian daripada lambang keperibadian muslimah yang lemah. Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini.

Yang penting, muhasabah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Semoga memberi manfaat.


Sesungguhnya Allah SWT memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah. ‍‌‌‌‌‍‌‍‌Adakah anda pernah membaca tentang besarnya ganjaran pahala bersedekah?

Sebagaimana firman Allah, “Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu dia berkata (menyesali), wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.” (Al Munafiqun: 10)



‍‌‌‌‌‍‌‍‌Sedangkan dia tidak berkata, “Supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dapat solat” atau “supaya aku dapat berpuasa”.

‍‌‌‌‌‍‌‍‌Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”

‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌‌Maka hendaklah kamu perbanyakkan bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. ‍‌‌‌‌‍‌‍‌

Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amal soleh.

Latihlah diri kita dan anak-anak supaya membiasakan diri dengan bersedekah kerana sangat banyak fadhilatnya disisi Allah, antaranya;

1‍‌‌‌‌‍‍‌. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga.

‍‌‌‌‌‍‍‌2. ‌‌Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

‍‌‌‌‌‍‍‌3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4‍‌‌‌‌‍‍‍‌‌. ‌‌Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT dan panas azab kubur.

‍‌‌‌‌‍‍‍‌5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah SWT akan rezeki (kerana bersedekah).

‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍6. Sedekah adalah penyucian harta dan jiwa yang dapat menggandakan kebaikan.

‍‌‌‌‌‍‍‍‌7. Sedekah adalah puncak kegembiraan si pemberi dan puncak wajahnya bercahaya di hari kiamat.

‍‌‌‌‌‍‍‍8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu darinya (hari kiamat).

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌9. Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.

‍‌‌‌‌‌‌‍‌10. Sebagai pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌‌11. Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

‍‌‌‌‌‍‍‌12. Pahala sedekah juga adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk pemberi).

‍‌‌‌‌‍‍‌13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.

‍‌‌‌‌‍‍‌14. ‌‌Orang yang suka bersedekah adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

‍‌‌‌‌‍‍‌15. Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah SWT kepada si pemberi.

‍‌‌‌‌‍‍‌16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

‍‌‌‌‌‍‍‌17. Bersedekah memustajabkan doa dan memecahkan segala kesulitan.

‍‌‌‌‌‍‍‌18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

‍‌‌‌‌‍‍‌19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.

‍‌‌‌‌‍‍‌20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.

‍‌‌‌‌‍‍‌21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‍‌‌22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung.

‍‌‌‌‌‍‌‍‌Dan sebaik-baik sedekah sekarang ialah menyebarkan tulisan ini dengan niat bersedekah.

Kerana setiap orang yang membaca dan menyebarkannya, Insyaa Allah akan mendapat ilmu pengetahuan tentang manfaat bersedekah, Aamiin.

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Artinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

1. Lelaki yang berani meninggalkan solat
Orang yang berani meninggalkan sholat, berarti telah berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah sholat. Orang yang meninggalkannya, berarti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)

Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal sholat adalah tiang agama.


2. Lelaki yang gemar melakukan dosa besar
Misalnya, mabuk, berzina dan berjudi. Hidup bersama suami seperti ini sama dengan hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah, agar Dia mengampuni mereka.

3. Dayus
Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat. Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan berketawa dengan laki-laki lain.

4. Anak mama (manja)
Lelaki yang manja bukanlah laki-laki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara mandiri tanpa merujuk kepada ibunya.

5. Lelaki yang sangat jauh lebih tua
Engkau berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Kerana dia memenuhi nafsumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan? Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa pada usia itu, nafsu seksualmu sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam. Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah?

6. Lelaki yang sombong dan senang membanggakan diri
Orang yang memiliki mentalitas seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu.

7. Workaholic (gila kerja)
Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain. Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri tak ubahnya seperti perkakas rumah tangga. Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin. Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah seksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang lezat.

8. Menderhaka kepada orang tua
Lekaki yang seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain. Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu?

9. Lelaki Yang Lembut
Orang ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan pikirannya lebih menyerupai wanita. Dia tidak dapat diandalkan dalam kehidupan dan tidak memiliki kesiapan untuk memikul tanggung jawab. Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang. Semoga Allah tidak memperbanyak jumlah mereka lagi.

10. Lelaki yang kedekut
Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia mati. Kerana ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita bersifat kedekut, belia bersabda,

وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“…Dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan melanggar kehormatan orang lain.” (HR. Muslim)